Sunday, March 4, 2012

Generasi Ulul Albab Generasi Cemerlang

Assalamualaikum waramatullah hiwabarakahtu , tajuk Daie saya adalah Generasi Ulul Albab Generasi Cemerlang.Ulul Albab ialah istilah khusus yang dipakai Al-Quran untuk menyebut sekelompok manusia yang seimbang dunia dan akhiratnya. ciri 0 ciri ulul albab ini bukan hanya merupakan seorang yang berpengetahuan tinggi bahkan mereka mampu menyesuaikan diri di segala lapisan masyarakat , elit atau pun marginal .

disebut dalam Al-Quran ciri-ciri ulul albab :-

1. bersungguh-sungguh mengali ilmu pengetahuan
2.menyelidik dan mengamati semua rahsia wahyu
3. menangkap hukum-hukum yang tersirat dalamnya
4.kemudian menerapkan dalam masyarakat demia kebaikan bersama

"SESUNGGUHNYA DALAM PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI , DAN SILIH BERGANTI MALAM DAN SIANG TERDAPAT TANDA TANDA KEKUASAAN ALLAH BAGI ULUL ALBAB"
surah Ali Imran ayat ke 190

Justeru sejauh manakah kita pada hari ini berusaha melatih diri menjadi generasi ulul albab sekiranya kita gagal membudayakan ilmu, maka apakah yang dapat kita perjuangkan ?

Dalam pejuangan untuk pemangkin kecemerlangan generasi ulul albab diseru untuk tidak meminggirkan diri daripada arus perdana sebaliknya menjadi sebahagian daripada mereka dan turut serta dalam pembangunan negara dan agama .

selari dengan sabda baginda Nabi Muhammad S.A.W " SEBAIK BAIK MANUSIA IALAH MANUSIA YANG MEMBERI MANFAAT PADA MANUSIA YANG LAIN "

Marilah kita bersama -sama berganding bahu , bermula sekarang .dalam menentukan kejayaan dalam hidup ini perlulah menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai role model yang terbaik dalam mendidik diri menjadi GENERASI ULUL ALBAB GENERASI CEMERLANG . Jangan lah menjadi manusia yang hidupnya ibarat lalang yang di tiup angin.

sekian terima kasih .Assalamualaikum waramatullah hiwabarakahtu .

PS:otai do ayat karangan aku skrg :D lain kali bagi tajuk daie tu 2 hari awal la yee .baru tk serabut aku nk prepare lolz !